Maxis eKelas Minggu ke 9
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniMeneruskan kelas tambahan secara percuma, Maxis eKelas 2019 pada minggu ke 9 telah menjalankan sesi rakaman drama berbahasa Inggeris di Pusat Internet masing-masing. Kesemua pelajar wajib untuk menyertainya bagi mengumpul markah atau merit masing-masing sehingga ke hujung tahun. Bakat para pelajar juga dapat digilap menerusi rakaman ini untuk belajar Bahasa Inggeris dari segi pertuturan mereka.
Disamping itu, bagi subjek Sains dan Matematik pula, pembelajaran seperti biasa dijalankan di samping para pelajar belajar di dalam portal Maxis eKelas. Pelbagai eksperimen dijalankan oleh setiap pelajar secara berkumpulan. Pelajar dilihat seronok menyiapkan tugasan yang diberikan bersama rakan-rakan yang lain. Setiap minggu pelajar baru juga akan turut menyertai Maxis eKelas yang dilihat sebagai salah satu medium pembelajaran secara digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: